Wednesday, 7 September 2016

Ayam Panggang



Bahan-Bahan

1 ekor ayam kampung, dibersihkan, dibuang lemak dan dipotong 8
1 sudu besar minyak masak
8 keping halia tua
2 bunga lawang
8 keping cendawan Shiitake kering, direndam sampai lembut
4 biji telur rebus (sebaik-baiknya ayam kampung)
Untuk hiasan:
2 tangkai daun ketumbar
Campuran perasa
(dicampur dalam satu mangkuk):

1 sudu besar MAGGI® Sos Tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
1 kiub MAGGI® Kiub Pati Ayam
2 sudu kecil (atau secukup rasa) gula
400-500 ml air

Cara Memasak

1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bunga lawang dan tumis hingga keperangan.
2. Kemudian, masukkan campuran perasa dan biarkan mendidih. Bila ia mula menggelegak, masukkan kepingan ayam.
3. Masukkan pula cendawan Shiitake. Turunkan suhu kepada sederhana, masukkan telur rebus dan biarkan ia mereneh selama 30-40 minit atau sehingga ayam benar-benar masak dan kuah semakin sedikit serta menjadi pekat.
4. Setelah siap, senduk ayam keluar, telur dibelah dua dan hiaskan dengan daun ketumbar.
5. Hidangkan dengan nasi kukus.

No comments:

Post a Comment